Selasa, 17 Januari 2012

Implikasi Keputihan Terhadap Wanita

gif
Bismillah,

KEPUTIHAN yang dihadapi kebanyakan wanita adalah sesuatu yang normal. Umumnya, setiap wanita mengalami keputihan kerana ia sebenarnya adalah proses perubahan hormon dan pembersihan yang mana sel sel mati dikeluarkan dari dalam lubang faraj .

Secara biologi keputihan akan berlaku pada sekitar sebelum waktu haid bagi setiap wanita. Selain wanita yang sudah berkahwin dan hamil, remaja perempuan juga akan mengalami masalah keputihan, malah ada kalanya kanak-kanak kecil juga turut tidak terkecuali.Kebiasaannya remaja jarang mendapat keputihan kecuali mereka yang mengambil ubatan tertentu seperti mengambil ubat untuk penyakit diabetes, mempunyai sistem badan rendah atau seorang yang aktif secara seksual.

Adalah dianggarkan 75 peratus wanita yang sudah berkahwin akan mengalami masalah keputihan. Masalah itu berlaku disebab wanita berkahwin telah mendapat pendedahan seksual dan ini menyebabkan dirinya mudah dijangkiti.Mentelah lagi dengan pengunaan produk-produk intim masakini yang bertoksik seperti sabun,syampu & gel mandian menyumbang kepada gangguan flora bakteria sedia ada didalam faraj seseorang wanita.

Statistik menunjukkan wanita hamil paling berisiko mengalami masalah keputihan disebabkan perubahan hormon yang berlaku ketika kehamilan dan menyebabkan wanita berkenaan sesuai untuk mengalami jangkitan kulat. Ketika hamil, hormon estrogen akan menyebabkan faraj mengeluarkan lebih banyak glycogen, ini menyebabkan kulat mudah membiak. Hormon estrogen juga akan menyebabkan kulat lebih senang melekat di dinding faraj.Secara anggaran, hampir 80 peratus atau 8 dalam 10 wanita hamil mungkin mengalami masalah keputihan.

Keputihan hanya dianggap bermasalah atau abnormal, seandainya ia keluar terlalu banyak, berbau busuk dan hanyir serta menyebabkan bahagian sulit berasa gatal atau radang. Keputihan itu juga tidak berwarna jernih lagi, tetapi berketul-ketul seperti keju dan menjadi kekuningan serta kehijauan.Adakalanya keputihan yang keluar dengan banyaknya menyebabkan kegatalan yang amat sangat sehinggakan seseorang itu menggaru dan kulit vagina akan melecet dan terasa pedih atau seperti terbakar

Keadaan seumpama itu selalunya disebabkan penyakit lain atau dikaitkan dengan jangkitan seperti :

  • Kulat Candidiasis (keputihan seperti kepingan susu basi)
  • Kuman Tricomonas (lelehan keputihan atau tidak berwarna cair, banyak, berbuih)
  • Bacterial vaginosis (lelehan berbuih, berbau hanyir)
  • Kuman Chlamydia (jarang menyebabkan lelehan)
  • Kuman Gardneralla (lelehan cair berbau busuk)
Proses Semulajadi Bakteria Didalam Faraj

Faraj mengandungi bakteria semula jadi iaitu bacillus asidofilus menghasilkan asid lactat yang berfungsi melindungi faraj dari kemasukan atau serangan kulat dan kuman. Kadangkala pembiakan kuman asidofilus meningkat dan menyebabkan pengeluaran cecair berwarna putih kekuningan dan berbau masam.Bau yang tidak menyenangkan ini juga boleh berlaku akibat tindak balas bakteria terhadap peluh yang sering berlaku pada bahagian kemaluan. Apabila keasidan faraj kurang dari tahap yang diperlukan iaitu sekitar pH 3.8-4.2 akan memudahkan sejenis kulat yis(biasanya candida albican) menghinggapinya lalu membiak dalam kadar yang terlalu pantas dan perkara ini akan mendatangkan masalah infeksi.Ada juga kes yang mengambil pil perancang mengalami masalah keputihan yang teruk, tetapi ini tidak bermakna semua wanita yang mengambil pil perancang akan mengalami masalah keputihan.

Keputihan Mengganggu Keharmonian Rumahtangga?


Walaupun masalah keputihan disebabkan jangkitan kulat tidak membawa kesan pada kesuburan seseorang wanita tetapi implikasinya hubungan seksual antara suami isteri pasti terjejas apabila masalah keputihan teruk dan berbau mengendurkan keinginan untuk melakukan seks dan ini dapat merenggangkan hubungan kedua pasangan.

Berlakunya radangan pada kawasan sulit menyebabkan pasangan berasa sakit dan tidak selesa ketika hendak bersama. Malahan, walaupun tidak dikategorikan sebagai penyakit kelamin yang menular, seorang isteri jika bermasalah keputihan boleh menjangkiti suami dan kesan dari jangkitan yang dialami oleh suami juga sama termasuk, sakit ketika hendak membuang air kecil.Seharusnya wanita yang mengalami keputihan ini peka kepada komplikasi-komplikasi yang mendatang dan mengambil langkah bijak untuk merawatnya segera daripada membiarkan ia memusnahkan keharmonian rumahtangga.

Wanita yang mengalami masalah keputihan juga disarankan mengamalkan amalan pemakanan dengan memperbanyakkan memakan sayuran hijau dan dadih yang mengandungi lactobasillus.Bagi yang mengalami masalah radang pula digalakkan kerap menukar seluar dalam dan juga memilih yang diperbuat daripada kain kapas serta sedikit longgar.

Antara Rawatan Pilihan


Ramai juga yang berpendapat rawatan herba tradisional berkesan untuk merawat keputihan walaupun tiada data yang menyokong perkara ini.Sama juga seperti rawatan moden yang juga ada kesan sampingan, begitu jugalah rawatan herba.Satu perkara kita perlu fahami adalah kaedah perubatan herba tradisional sudah lama diamalkan orang dulu dan didapati berkesan serta diperturunkan dari generasi ke generasi sehingga kini. Seharusnya kita tidak membelakangkan kaedah herba tradisional kerana telah terdapat bukti kesahihan walaupun tanpa sokongan data,tidak seperti rawatan moden yang dipelopori barat dengan kajian dan data-data yang menyokong kajian mereka.Tidak kira jenis rawatan yang menjadi pilihan setiap individu,perkara yang paling utama ialah memastikan keputihan harus dirawat seberapa segera sebelum ianya menular keorgan – organ berdekatan.

Semoga bermanfaat 


Emailkan soalan atau pertanyaan ke alamat email drsalwahassan55@gmail.com sertakan nama,usia dan status kelamin untuk bantu memudahkan saya memahami masalah anda.
 

Sabtu, 14 Januari 2012

Mengenali Warna Keputihan Wanita

gif
Bismillah,

Tanda-tanda penyakit akibat daripada keputihan boleh diamati menerusi ciri dan warna lelehan yang keluar apabila keputihan berlaku. Namun, perlu diketahui bahawa bukan semua lelehan yang keluar itu merupakan tanda penyakit.

Dalam kebanyakan kes, masalah keputihan yang kerap berlaku kepada para wanita adalah disebabkan oleh pembiakan kulat dan ianya termasuklah wanita yang sedang hamil. Namun, apabila masalah menjadi lebih kronik, pemeriksaan perlu dilakukan kerana dikhuatiri ia mempunyai kaitan dengan masalah kencing manis ketika hamil. Bagi wanita yang tidak hamil, keputihan lazimnya berlaku sewaktu stres ataupun ketika imuniti tubuh menjadi lemah.

Berikut adalah antara warna-warni lelehan yang perlu diberi perhatian:

1. Jernih


Sekiranya, lelehan yang dialami berwarna jernih dan banyak lendir tetapi tidak berbau, anda tidak perlu risau. Keadaan ini merupakan sesuatu yang normal. Lazimnya, lelehan daripada warna seperti ini akan keluar dua minggu sebelum haid, sekitar waktu subur atau apabila hormon estrogen berlebihan ataupun stres malah keputihan seperti ini turut sering dialami juga oleh kebanyakan wanita hamil.

2. Putih

Lain pula halnya jika lelehan yang keluar berwarna putih, berair dan berbau busuk. malah, jika kegatalan di sekitar kemaluan dialami dan disertai dengan rasa sakit ketika membuang air kecil maka kemungkinan besar anda mengalami jangkitan yang disebabkan oleh sejenis kulat dikenali sebagai candida albicans. Kulat ini sememangnya paling sering hinggap di bahagian intim wanita dan akan membiak dengan cepat apabila pH tidak seimbang.

3. Putih Pekat


Sekiranya lelehan yang keluar kelihatan seperti susu pekat, melekit, sangat banyak dengan bau yang tidak begitu menyenangkan, berkemungkinan berlaku radang pada serviks dan vagina. Dalam keadaan tertentu terutamanya ketika keadaan menjadi lebih teruk, rupa lelehan itu akan kelihatan seperti tairu. Untuk makluman anda, masalah ini sebenarnya turut berpunca daripada jangkitan candida albicans.

4. Coklat


Lelehan yang berwarna coklat, berair, sangat banyak dan lembap merupakan petanda anda mengalami masalah gangguan pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. Warna coklat tersebut timbul akibat perdarahan seperti keguguran, haid tidak teratur ataupun darah segar yang apabila kering bertukar warna menjadi coklat.

5. Merah muda


Bagi anda yang mungkin mengalami lelehan yang berwarna merah muda, cair, sangat banyak tetapi tidak berbau maka berkemungkinan berlaku jangkitan bakteria yang tidak khusus. Biasanya keputihan ini berlaku selepas bersalin. Selain daripada itu, ia juga mungkin haid, pendarahan di pangkal rahim, faraj atau dalam rahim. Antara lain, gejala ini turut timbul ketika anda mengalami masalah hormon estrogen berlebihan.

Antara Beberapa Tips Pilihan Yang Baik Jika Di Amalkan

  1. Elakkan dari pengunaan sabun, gel dan sebagainya. Hanya gunakan air suam bersih bagi  mencuci bahagian luar faraj, atau gunakan pembersih peribadi khas yang ada pH3.8-4.2
  2. Elakkan menyembur dengan air kedalam faraj ianya boleh menganggu keseimbangan flora bakteria didalam faraj dan boleh menyebabkan jangkitan
  3. Selalu keringkan dahulu faraj sebelum memakai seluar dalam dan jangan sesekali memakai seluar dalam yang lembab untuk jangka waktu yang lama
  4. Hindari dari memakai bedak di kawasan kemaluan disebabkan partikel-partikel halus yang mudah terselit dicelah kulit boleh mengundang bakteria bersarang
  5. Pastikan kerap menukar pad sewaktu haid dan elakkan pengunaan yang terlalu lama
  6. Gunakan alas seluar dalam (panty liner)jenis "unscented" dan yang dapat mengalirkan udara untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan. Elakkan wangian dan pencuci antiseptik kerana perbuatan ini hanya akan memburukkan keadaan. 
  7.  Pastikan mencuci dubur selepas membuang"hajat"dilakukan dengan betul iaitu sapu dari depan tolak kebelakang,ini boleh mengelakkan bakteria di dubur seperti e coli atau cacing kerawit masuk kedalam lubang faraj atau kencing
  8. Cuba sedaya upaya untuk mengamalkan diet bersumberkan bakteria baik seperti yogurt, yakult, sayuran hijau, sayur bendi sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi menguatkan pertahanan tubuh dari diserang mikroorganisma patogen.
Semoga Bermanfaat

Emailkan soalan atau pertanyaan ke alamat email drsalwahassan55@gmail.com sertakan nama,usia dan status kelamin untuk bantu memudahkan saya memahami masalah anda.

Rabu, 11 Januari 2012

Mengenal Pasti Simptom Keputihan

gif
Bismillah, 
Keputihan yang normal bukanlah satu penyakit yang berbahaya atau gejala penyakit tetapi apabila tanda tanda abnormal muncul itu dikhuatiri akan menjadi penyakit.Cara paling mudah untuk kita mengenal pasti samada keputihan di tahap normal atau abnormal adalah melalui simtom-simtom berikut:

Simptom 1
Lendir bewarna putih kekuningan,pekat bergumpal,berbau dan gatal di vagina
Penyebabnya ialah kulat Candida sp 


Jika dibiarkan boleh melemahkan pertahanan diri dan menggalakkan bakteria bahaya lain merebak seperti E-Coli

Simptom 2
Lendir berwarna kuning pekat kehijauan, berbuih dan berbau busuk.Vagina terasa sakit jika ditekan,kadang kadang disertai rasa sakit semasa buang air kecil dan ada bintil atau luka di bibir vagina serta gatal. 


Penyebabnya ialah bakteria jenis Trichomonas vaginalis dan Enterobiasis
Kemungkinan penyakitnya ialah jangkitan penyakit kelamin

Simptom 3

Lendir pekat dan kehijauan kadang-kadang bercampur darah, berbau hamis namun tidak timbul rasa gatal pada vagina dan terdapat luka. 


Penyebabnya adalah virus dan dikhuatiri mungkin tanda tanda awal pra kanser rahim.

Keadaan yang biasa menyebabkan berlaku keputihan

1-Pada masa yang subur


Pada waktu subur tubuh wanita akan giat menghasilkan hormon estrogen akibatnya lendir yang dihasilkan vagina akan lebih banyak dari biasa.

2-Ketika hamil

Ketika hamil hormon estrogen lebih dikeluarkan dan pada waktu itu keputihan penting untuk menjaga kelembapan sekaligus meningkatkan persediaan vagina melakukan peregangan ketika waktu untuk melahirkan.

3-Saat terangsang

Lendir di vagina akan lebih banyak keluar jika wanita terangsang secara seksual.Cairan yang keluar ini berfungsi sebagai pelincir yang membantu saat melakukan hubungan seksual.

4-Berat badan yang berlebihan


Apabila lemak terlalu banyak di kaki atai celah paha dan kelangkang ini akan menjadikan kawasan tadi lembab dan ini memudahkan kulat membiak dan keputihan akan terjadi.

5-Minum/memakan antibiotik dalam dos tinggi


Dalam vagina terdapat bakteria yang bertugas menstabilkan keasidan pH vagina agar tetap dalam keadaan asid dan antibiotik yang diambil secara berlebihan akan membunuh bakteria berguna tadi dan ini akan merosakkan kestabilan pH vagina dan akan menyebabkan kulat dan bakteria berkembang baik dan menyebabkan keputihan.


Antara Beberapa Tips Pilihan Yang Baik Jika Di Amalkan

  1. Hindari pengunaan sabun, gel dan sebagainya. Hanya gunakan air suam bersih bagi mencuci bahagian luar faraj, atau gunakan pembersih peribadi khas yang mempunyai pH3.8-4.2
  2. Elakkan menyembur dengan air kedalam faraj ianya boleh menganggu keseimbangan flora bakteria didalam faraj dan boleh menyebabkan jangkitan
  3. Selalu keringkan dahulu faraj sebelum memakai seluar dalam dan jangan sesekali memakai seluar dalam yang lembab untuk jangka waktu yang lama
  4. Hindari dari memakai bedak di kawasan kemaluan disebabkan partikel-partikel halus yang mudah terselit dicelah kulit boleh mengundang bakteria bersarang
  5. Pastikan kerap menukar pad sewaktu haid dan elakkan pengunaan yang terlalu lama
  6. Gunakan alas seluar dalam (panty liner) jenis "unscented" dan ada pengaliran udara untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan. Elakkan wangian dan pencuci antiseptik kerana perbuatan ini hanya akan memburukkan keadaan.
  7.  Pastikan mencuci dubur selepas membuang"hajat"dilakukan dengan betul iaitu sapu dari depan tolak kebelakang,ini boleh mengelakkan bakteria di dubur seperti e coli atau cacing kerawit masuk kedalam lubang faraj atau kencing
  8. Cuba sedaya upaya untuk mengamalkan diet bersumberkan bakteria baik seperti yogurt, yakult, sayuran hijau, bendi sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi menguatkan pertahanan tubuh dari diserang mikroorganisma lain.
Semoga Bermanfaat

Emailkan soalan atau pertanyaan ke alamat email drsalwahassan55@gmail.com sertakan nama,usia dan status kelamin untuk bantu memudahkan saya memahami masalah anda.

Copyright © Klinik Keputihan Dr Salwa | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑