Rabu, 3 April 2013

Memahami pH Faraj wanita


gif
Bismillah,

Alat sulit wanita merupakan organ reproduksi wanita yang sangat mudah dijangkiti. Ini disebabkan batas antara urethra dengan dubur yang sangat dekat sehinggakan mikro organisma keputihan seperti kulat, bakteria, parasit ataupun virus mudah memasuki melalui liang faraj.Adapun di dalam faraj seseorang wanita terdapat berbagai jenis bakteria dimana 95 % daripadanya adalah jenis lactobacillus dan selebihnya adalah patogen. Dalam keadaan flora semulajadi didalam faraj yang seimbang, bakteria patogen tidak akan mengganggu. Namun apabila keseimbanganya terganggu, contohnya apabila tahap keasidan menurun, pertahanan semulajadi juga akan turut menurun dan ini memberi ruang berlakunya jangkitan.Antara puca timbulnya gangguan boleh disebabkan oleh pengambilan pil pencegah kehamilan, penyakit diabetes mellitus, pengambilan antibiotik dalam dos yang tinggi, darah haid, cairan sperma, menyembur air ke dalam faraj (douching), dan gangguan hormon seperti kehamilan atau menopaus dll.


Perlu difahami bahawa flora semulajadi alat sulit wanita merupakan lingkaran kehidupan yang dipengaruhi oleh dua unsur utama iaitu estrogen dan bakteria lactobacillus atau bakteria baik. Estrogen berfungsi dalam menentukan kadar zat gula sebagai simpanan tenaga dalam sel tubuh (glikogen). Glikogen merupakan nutrisi dari lactobacillus yang akan dimetabolismakan untuk pertumbuhan. Sisa metabolisma kemudian akan menghasilkan asid laktik yang menentukan suasana keasidan di dalam faraj dengan potential hydrogen (pH) sekitar 3.8 – 4.2. Tahap keasidan ini membolehkan lactobacillus hidup dengan subur dan bakteria patogen (jahat) akan mati. 


Secara alami,faraj wanita dapat melindungi dirinya daripada jangkitan melalui pH berasid yang rendah namun apabila keseimbangan ini berubah maka ianya membuka peluang bagi mikro organisma keputihan menyerang dan boleh mengakibatkan jangkitan pada faraj.Keadaan ini juga dapat dikesan apabila faraj mula terasa gatal atau keluarnya lelehan yang telah berubah pada warna atau bau. Perkara yang perlu diketahui adalah keseimbangan flora semulajadi didalam faraj wanita amat sensitif pada perubahan  persekitaran terutamanya keasidan dan kealkalian (pH) faraj.


Apakah normal untuk bakteria berada didalam faraj?

Faraj mempunyai dunia kecilnya sendiri dan sesetengah daripada bakteria ini merupakan bakteria ‘penghuni’ tetap dalam faraj. Dalam kebanyakan kes, bakteria dan organisma yang berada didalam faraj ini mungkin meningkat atau menurun dari masa ke semasa. Terdapat lebih daripada 30 jenis berlainan dan para wanita tidak perlu risaukan tentang kehadiran mereka. Sebahagian besar daripadanya dikenali sebagai lactobacilli atau bakteria yang bermanfaat yang bekerja keras untuk memastikan faraj sentiasa sihat dengan mengekalkan keasidan pH didalam faraj.


Fakta mengenai bakteria baik : Lactobacilli

  •  Bakteria yang paling dominan menetap didalam faraj.
  • Ianya membantu faraj agar sihat dengan membebaskan hidrogen peroksida.Hidrogen peroksida ini mengawal perkembangan bakteria lain dan melaluinya, persekitaran yang “normal” dan “seimbang” dapat dikekalkan.
  •  Lactobacilli juga menghasilkan asid laktik yang menyebabkan pH keasidan faraj.
  • Lebih banyak lactobacilli didalam faraj adalah lebih baik disebabkan ia melindungi faraj daripada jangkitan.


Menurut beberapa kajian tahap pH produk yang sesuai untuk membersihkan faraj ialah antara 3.8 hingga 4.2. Kebanyakkan sabun atau gel mandi yang terdapat dipasaran mempunyai tahap pH yang melebihi daripada 7. Ketidaksesuaian ini akan mengakibatkan gangguan pada flora bakteria semulajadi didalam faraj dan juga boleh memungkinkan jangkitan berlaku.

Semoga Bermanfaat

 
Emailkan soalan atau pertanyaan ke alamat email drsalwahassan55@gmail.com sertakan nama,usia dan status kelamin untuk bantu memudahkan saya memahami masalah anda.
 

Copyright © Info Kesihatan Wanita | Published By Gooyaabi Templates | Powered By Blogger

Design by Anders Noren | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com | BTheme.net      Up ↑